DOC.SYS-SUBD
SEC-01
Ray Hostingsubdomains
[READ_EST // 2 MIN]

Subdomain Kustom & Rekod SRV

Subdomain membolehkan player connect ke server korang guna nama yang senang ingat (cth. play.serveraku.com) daripada kena hafal IP nombor berselirat tu.

Cara Create Subdomain

  1. Pilih server korang dan pergi ke tab Settings.
  2. Cari bahagian Subdomain.
  3. Taip nama unik yang korang nak dalam kotak teks.
  4. Klik butang save. Sistem kami akan automatik configure rekod DNS untuk korang.

Rekod SRV

Untuk game yang support benda ni (macam Minecraft), sistem kami secara automatik akan generate Rekod SRV sekali dengan subdomain korang.

  • Apa fungsi dia: Rekod SRV ni bagitahu client game port mana yang patut dia connect.
  • Kelebihan: Player korang cuma perlu masuk guna subdomain sahaja (cth. play.serveraku.com) tanpa perlu taip nombor port berselirat (cth. :25565) kat belakang nama tu! Ping mantap, setup pun mudah.

⚠️ Had Batasan Platform

Untuk jaga kestabilan rangkaian dan elak penyalahgunaan DNS, kami kenakan beberapa syarat:

  • Had Tukar Nama: Korang hanya boleh update subdomain sekali sahaja dalam masa 24 jam.
  • Server Free Trial: Fungsi subdomain kustom tidak dibuka untuk server percubaan (Free Trial).

Cara Connect

Lepas dah set up, player boleh guna alamat baru ni terus. Biasanya ia aktif serta-merta, tapi penyebaran DNS global mungkin ambil masa sehingga 30 minit dekat sesetengah kawasan.

Support Network & Teknikal 24/7

Join server Discord rasmi kitorang untuk sembang direct dengan pakar hardware.

Connect ke Node Support